Rangkaian 7 / 11 atau KK mart?.
Kebelakangan ini terdapat persaingan sengit di antara 7 / 11 dan KK Mart convenient store untuk menarik pelanggan ke premis mereka.
Sentiasa ada usaha dan inisiatif yang
kreatif untuk memikat hati pelanggan bagi menjamin kesinambungan perniagaan
mereka.
Di Damansara
Damai kedua dua pesaing ini berniaga
selang beberapa pintu sahaja. Jadi pada satu petang..saya mengambil satu tempat
yg agak strategik untuk melihat..kedai
mana yg sering di masuki pelanggan.
KK merupakan
kedai yang lebih popular dan dari tinjauan saya di dapati hampir 4/5 pelnaggan pergi kesana berbanding
dengan 1/5 sahaja ke 7/11.
Pemerhatian
saya seterusnya meleraikan rahsia
popularity KK.
Harga
barangan di KK jauh lebih murah dari 7 /
11. Pada peringkat permulaan 7/11, harga nya memang boleh diterima kerana ia
merupakan satu satu nya kedai yg dibuka 24 jam. Tapi sekarang..senario
perniagaan sudah berubah. Maka ada lah kurang bijak jika 7 /11 terus mengenakan bayaran tinggi.
Faktor kedua
populariti KK ia lah kerana kepelbagaian barangan runcit
yang terdapat disitu. Seolah olah
ia adalah “midi” supermarket dimana mereka menjual dari Touch n Go sampai arang batu.
Selain dari
itu susunan barangan dalam kedai juga merupakan satu faktor yang menarik
pelanggan. Di 7/11 nampak sangat banyak ruang kosong nya. Semacam
lopong dan tak hidup. Sebalin nya di
KK..barangan nya padat dan disusun sebegitu rupa untuk memudahkan pelanggan.
Yang penting
di KK peluang untuk kita mendapat benda
yang kita cari adalah cukup baik berbanding dengan 7/11. Maka factor itu dengan
sendiri nya menarik lebih ramai pelanggan ke situ.
No comments:
Post a Comment