Pages

Wednesday, July 4, 2012

Apabila Rakyat Sarawak Bangkit...



video
Apabila rakyat bangkit  dan menentang kezaliman pemerintah yang rakus menyalahgunakan kuasa, jelas terbayang diwajah pemerintah durjana itu;  ketakutan yg teramat sangat.

Ini lah senario di Sarawak di mana arus kebangkitan sedang bertiup kencang diserata pelusuk negeri Sarawak.
Seolah skrip filem politik.. yang penuh dengan drama, kebangkitan ini juga penuh dengan insiden. Tiga tahun lepas;  kebangkitan orang kampong untuk menentang  BN  akan dianggap mitos moden tetapi sekarang ia adalah realiti dek kejahilan BN itu sendiri. Siapa sangka rakyat Sarawak akan berubah angin dalam masa yang terdekat ini.

Beberapa kes rampas tanah, merobohkan rumah panjang ,  penyalahgunaan kuasa, kronisme dan penindasan telah membuka mata masyarakat kampong dimana sekarang mereka mengharapkan PKR untuk mambantu dan menyelamatkan mereka dari amcaman BN dan kroni kroni nya.
Baru baru ini kes kampong Umpol di Ulu Niah telah menyemarakkan perasaan Dayak untuk bersatu hati demi mempertahankan tanah, harta dan maruah mereka. Dan kes ini bersama beberapa kes lain memaparkan keikhlasan pemimpin pemimpin Pakatan rakyat yang turun membantu orang kampong dalam menghadapi kezaliman pemerintah.
Dan yang paling penting, Radio Free Sarawak merupakan teraju utama dalam menerangi minda rakyat di pedalaman yang selama ini berada dibawah jentera propaganda BN; dengan menyiarkan berita sebenar yang berlaku di Negara ini. Radio Free Sarawak merupakan tonggak  utama dalam meniup semangat kebangkitan ini dan ia amat jelas terlihat apabila orang ramai berebut mencari radio short wave untuk mendengar siaran dua jam itu.
Diharap, rakyat Sarawak akan terus bangkit dan menghalau pemimpin rakus kuasa dari Sarawak.

No comments:

My Favourite Blogs

  • Malaysia Today
  • zorro-unmasked
  • Rocky's Bru
  • Haris Ibrahim - People's Parliament
  • Anwar Ibrahim
  • Elizabeth Wong
  • Screenshot
  • Nuraina A. Samad - 3540 Jalan Sudin
  • Susan Loone
  • Wattahack
  • Marina Mahathir - Rantings by MM