Apalah nasib Sarawak dapat peminpin macam ni. Memang malang jika pemimpin sendiri tak kenal siapa diri mereka.
Dalam satu temuramah..bila ditanya kenapa tanah orang Dayak boleh diambil sewenang wenang nya, beliau yang juga Menteri Pembangunan Tanah, berkata " ia adalah kerana orang Dayak tidak ada pemimpin "
Habis, James Jemut Masing ni siapa? Pemimpin Yahudi kah? Bukan kah Si Jemut ini yang telah bersekongkol dengan Sng Chee Hua untuk menjatuhkan pemimpin Iban Datuk Daniel Tajem dan ia membawa kepada kehancuran Parti Bangsa Dayak Sarawak. Perlu diingat PBDS majoriti ahli nya adalah Iban dan ia adalah jaguh mereka.
Bukan kah dia meraih undi dengan mengatakan dia akan memimpin mereka untuk kehidupan yang makmur.? Berapa ratus kali dia berjanji dia akan memperjuangkan hak dan isu tanah adat Dayak? Berapa ribu kali dia berkata dia adalah pemimpin Iban yang boleh diharapkan.
Tapi bila ditanya kenapa tanah adat orang Dayak dirampas sesuka hati oleh kerajaan dan kroni nya..dia kata kerana Dayak tiada pemimpin besar. Lawak lawak..ini seorang lagi pemimpin yang lupa diri . Dia lupa siapa dia dan apa yang telah dia janjikan. Pemimpin yang hanya mencari kekayaan untuk diri sendiri seperti ini wajib dibuang sejauh yang mungkin.
No comments:
Post a Comment