Pages

Thursday, June 21, 2012

Jika aku anak Sarawak...

Setiap kali aku ke Sarawak, terasa sedih sangat.. melihat keadaan rakyat di pedalaman..Kekadang terasa sayu pabila terkenang..selepas puluhan tahun merdeka masih lagi bagai di belenggu penjajah barat. 

Negeri mereka diperah sampai ketitisan terakhir  sumber nya lalu dibawa ke semananjung untuk dikongsi bersama. Tetapi setakat mana keikhlasan kerajaan perseketuan dalam membahagikan kemewahan secara sama rata?


Adakah Sabah dan Sarawak satu antara 14 negeri atau satu antara 3 entiti yang membentuk Malaysia? Rata rata semua pelajar sekolah akan mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak adalah satu antara 14 negeri kerana buku teks mengatakan sedekian. 


Hakikat nya..Sabah dan Sarawak adalah satu antara 3 entiti yang membentuk Malaysia maka segala harta sepencarian harus di kongsi atau pecah 3..dan bukan 14 seperti yang dilakukan sekarang. 


Justeru itu royal minyak seharus nya 30% dan bukan nya 5% seperti yang diberi. Satelah mengangkut keuntungan hasil negeri negeri ini..ia dibiarkan bergelut dengan infrastruktur yg menghibakan. Lebih malang lagi ia tidak ada satu lebuhraya ala PLUS bagi menyambung Kuching dengan KK.


Sebahagian besar kampong tidak ada air minuman bersih dan   elektrik tapi kita mencanang keseluruh dunia bahawa Malaysia akan menjadi negara maju menjelang 2020. Itu adalah bukti bahawa kerajaan persekutuan langsung tidak ambil kira suasana dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak dalam menentukan target kebangsaan atau dalam membentuk dasar baru. Ia seolah olah tak wujud langsung.

Jika aku anak Sarawak.. akan ku naikkan sepanduk disetiap kampong yang berbunyi.."Jika kami tidak dapat jalanraya, air dan elektrik kami akan mengundi pembangkang".

Jika seribu kampong berbuat demekian..lihatlah betapa cepat air dan elektrik akan sampai.. Lihatlah bagaimana semua traktor dan jentera akan dikerah untuk membuat jalan raya.

Jika aku anak Sarawak..akan ku minta hospital ala Hospital Sg Buloh disetiap Bahagian dengan doktor yang secukup nya. Akan ku tuntut supaya hospital itu dilengkapi dengan segala kemudahan supaya rakyat Sarawak tak perlu tertumpu ke Kuching untuk rawatan kritikal.

Jika aku anak Sarawak, akan ku mintak Saluran khas radio untuk semua bahasa utama  di Sarawak tanpa perlu dikongsi masa siaran.


Jika aku anak Sarawak, akan ku tuntut saluran khas TV dalam bahasa Iban dan dikongsi bersama suku Dayak yang lain.


Jika aku anak Sarawak. akan ku tuntut jalanraya berlorong kembar bagi menyambung setiap bandar utama dalam negeri ini.

Jika aku anak Sarawak akan ku tuntut dibayar gantirugi setimpal bagi setiap tanah adat yang telah dirampas dengan sewenang wenang nya oleh kerajaan negeri 


Jika aku anak Sarawak akan ku pujuk anak anak Sarawak lain supaya mereka tidak mengundi BN yang memperlakukan rakyat Sarawak semacam hamba yang mengemis.

Jika aku anak Sarawak, akan ku bagi tau atuk dan nenek, emak dan ayah, pakcik dan makcik untuk tidak mempercayai propoganda BN di TV. 


Dan jika aku anak tulin Sarawak, akan ku bebaskan negeri ini dari cengkaman kejam Barisan Nasional. Ayuh..anak anak Sarawak..













No comments:

My Favourite Blogs

  • Malaysia Today
  • zorro-unmasked
  • Rocky's Bru
  • Haris Ibrahim - People's Parliament
  • Anwar Ibrahim
  • Elizabeth Wong
  • Screenshot
  • Nuraina A. Samad - 3540 Jalan Sudin
  • Susan Loone
  • Wattahack
  • Marina Mahathir - Rantings by MM