Pages

Monday, June 18, 2012

Harga Minuman dan Makanan di Pawagam Terlalu mahal.

 Suasana pawagam moden tidak seperti di zaman atuk nenek kita dimana kerusi penuh dengan pijat, keadaan yang panas dan tidak selesa kerana kipas nya tidak mencukupi. Dan selalu juga kepala penonton dihadapan akan  menghadang kita dari melihat skrin dengan sepenuh nyer. Dan kesan bunyi nya juga tidak secanggih sekarang dimana ketika itu mereka gunakan corong sahaja.


Berbanding  sekarang dimana, pawagam berhawa dingin sepenuh nya, kesan bunyi yang canggih, susunan kerusi ala auditorium, karpet dan kerusi empuk..  Jadi kenaikkan harga tiket sebanyak 10 kali ganda dari tahun 60 an dan 70 an adalah sesuatu yang boleh diterima. 


Tetapi yang sering menjadi rungutan para penonton ialah harga makanan dan minuman yang langsung tak terkawal dalam permis ini. Tinjauan saya menunjukkan harga nya 2 kali ganda dan ada kes 3 kali ganda dari harga yang sebenar nya. Ia seolah olah rompakan yang dibenarkan kerana langsung tidak masuk akal untuk pemilik panggung mengenakan bayaran yang sebegitu tinggi terhadap pelanggan mereka yang sudah pun memberi mereka "bisnes" utama ia itu bayaran tiket.


Kita tidak meminta mereka menjual dengan lebih murah dari harga diluar..tetapi apa salah nya mereka tidak "potong kepala" dengan menjual minuman dan makanan pada kadar keuntungan berpatutan.

Jika harga nya sama dengan diluar, sudah pasti lebih ramai akan membeli disitu dan kurang berlaku ":penyeludupan" ke dalam panggung. Bukan kah dengan menjual pada harga rendah boleh mendapatkan "good will" penonton untuk selalu kembali ke premis mereka dari menakutkan mereka sehingga berlari jauh dari kaunter makanan. 


Walau apa pun, kerajaan harus mengutamakan rakyat (mantra Najib) dengan memantau "inflasi palsu" yang dimanipulasi oleh operator panggung atas alasan sewa tinggi. Jika Mc D dan KFC masih boleh beroperasi pada tahap harga standard biar dimana mereka berada..kenapa pengusaha panggung tidak boleh.







No comments:

My Favourite Blogs

  • Malaysia Today
  • zorro-unmasked
  • Rocky's Bru
  • Haris Ibrahim - People's Parliament
  • Anwar Ibrahim
  • Elizabeth Wong
  • Screenshot
  • Nuraina A. Samad - 3540 Jalan Sudin
  • Susan Loone
  • Wattahack
  • Marina Mahathir - Rantings by MM