
Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.
Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysia walaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.
Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.
Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yang membersihkan nama penyangak matawang itu.
Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.
No comments:
Post a Comment